Tuesday, September 16, 2008

Annual General Meeting MISI 2008

MAINBOARD 2008/2009






Date: 13 September 2008
Venue: LT1 Econs
Time: 5.00pm - 7.00pm
VIP: En. Zainuddin Abdul Hanan
(Senior Administrative Assistant, Student Development Division of IIUM)

Monday, September 1, 2008

Photo: KAM-BOH in Style~

After 7 days and 7 nights, we all shared the joy and pain together...

The Post-mortem

The front view of KAM-BOH


The dishes








Thank you to all KAM-BOH project team:
Kroul, Zen, Fila, Rosely, Bong, Azrul, Syapik, Audi, Nizam, Mahader, Zul Naga, Irasaila, Raufa, Za’a, Nadin, Dhya, Farahshila, Jue, Wani, Faus, Oggy
and all the helping hands that make KAM-BOH possible.

Friday, August 15, 2008

KAM-BOH

CONVOCATION FESTIVAL 2008 of IIUM

Stall: KAM-BOH

Date : 21-27 August 2008

Venue : Convest Hill, IIUM

Laksa Sarawak *hot*

Teh C Peng Special *hot*

Snow Bandung *hot*

This is part of MISI Sarawak Programme to strengthen our brotherhood among students not just from Sarawak but other parts of Malaysia as well. This kind of programme will sooner or later develop our entrepreneur ability not just in theory but also apply it to the real world. Other than that, we are trying to promote Sarawak foods & beverages to students or people that had never been to Sarawak but still wanted to get the taste of Sarawak’s foods and beverages.

“Selamat Datang and Selamat Berambeh”

Laksa Sarawak


Teh C Peng Special

Wednesday, August 13, 2008

Foto: KOLOKIUM PENDIDIKAN Mahasiswa Islam Sarawak 2008

Kenang-kenangan bersama Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah

Bersama En. Saiee Driss

Ceria jak muka ktk orang semua...

Rombongan mahasiswa dan mahasiswi UIAM

Akbar di hadapan tempat berlansungnya Kolokium Pendidikan

Zen disamping En. Saiee Driss

Kroul pun mok masok juak!

Rosely!!!!

Santai sebelum mendengar perbentangan kertas kerja

Ucapan daripada YAB Pehin Sri Dr Abdul Taib Mahmud

"Selamat Berambeh" kepada semua yang hadir

Antara pengisian program, perbentangan hasil perbincangan dari bengkel
Caya la Fila..

Sunday, August 10, 2008

KOLOKIUM PENDIDIKAN Mahasiswa Islam Sarawak 2008

YAB Pehin Sri Dr Abdul Taib Mahmud (di tengah)

Tarikh: 9-10 Ogos 2008
Tempat: Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Yuran: PERCUMA
Penganjur: Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.

Tujuan:
Kolokium ini bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Islam daripada negeri Sarawak untuk membincangkan secara serius isu-isu semasa berhubung dengan hal-hal pendidikan peringkat pengajian tinggi, perubahan semasa serta tuntutan sosio-budaya, politik dan ekonomi masyarakat Islam di Sarawak.
Kolokium ini merupakan langkah awal dalam usaha merangka tindakan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi meneruskan agenda pembangunan dan pengembangan keupayaan dan kecekapan Ummah dalam menghadapi globalisasi ekonomi dan sosio-budaya dan juga sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua pembangunan di Sarawak.

“Bersama Menjana Kecemerlangan Ummah Melalui Pendidikan”Bersama-sama klaka dengan Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah

Sepatah duak kata:
Setelah dua hari, akhirnya tamat juak kolokium yang kmkorang hadiri. Sik sangka, duak hari ya sangat berharga buat kmkorang tambah2 lagik sebagai
mahasiswa dan mahasiswi kerana program tok target group nya adalah mahasiswa nok merupakan future leader bagi tanah air tercinta kita, Sarawak. Hari pertama adalah hari yang paling bermakna kerana Ketua Menteri kita datang berambeh untuk memberik sikit ucapan tentang SCORE dan lain2. Sesi selama duak jam penoh dengan pelbagai input yang sikdapat kmk nang terangkan dengan huruf huruf pada weblog tok. Cuma terkilan ramei lagik rakan rakan kita sepatutnya dapat hadir tapi mungkin ada komitmen lain. Next time mun ada kolokium gik, harap kawan kawan sekitar lembah klang boleh datang... Bagus ada jak, ktk orang boleh berkongsi pendapat dengan beberapa YB, pengarah pengarah, pensyarah pensyarah, karyawan juak yang datang masa ya. Bukan setakat klaka masa program ya berjalan tapi sampeila di luar sidang. Lagipun, walaupun YB kita datang masa ya tapi program berjalan dalam bahasa sarawak+ bahasa melayu+ english. Campor adok juak la kedak kita klaka hari hari. Jadi sik la bosan dengar. Datu Adi pun padah sik kisah kita guna bahasa apa, janji message ya sampei.

Tok antara gambar mek orang tengah usir usir... Adalagik yang akan diupload. Sabarla nantik....

"Bagus untuk kajian dan rujukan. Perbentangan kertas kerja yang tepat tajuknya dengan kehendak tema kolokium..." Farouznizam

Lewat juak sampei gia sekali bergambar

Thursday, February 21, 2008

Hati-Hati: Pelajar Nyaris Kena Jual



GOMBAK: Misteri kehilangan Nurul Syaza Fadzil, 13, ketika pergi membeli nasi lemak berhampiran rumahnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini, seminggu lalu terungkai semalam.Keluarganya menemui semula pelajar tingkatan dua itu yang dipercayai hampir dijual sebagai pelayan kelab malam.Gadis terbabit mendakwa dikurung lebih 10 lelaki berusia belasan tahun menjangkau 20-an di sebuah pangsapuri di Jalan Kenanga, berhampiran Penjara Pudu, tanpa diberi makan selain dibelasah berikutan enggan menurut arahan supaya dia menghidu gam.Ketika ditemui di rumahnya semalam, Syaza berkata, ketika kejadian dia berjumpa seorang rakan dikenali sebagai Ola, 13, yang mengajaknya ke kompleks beli-belah berhampiran untuk membeli baju.
“Saya enggan mengikutnya kerana tak pernah keluar bersendirian mahupun bersama rakan tanpa ditemani keluarga.

“Bagaimanapun, dia mengugut akan membelasah saya bersama rakannya jika tidak menurutinya,” katanya.Berikutan ugutan itu, dia terpaksa menemani Ola membeli-belah kerana rakannya itu mempunyai kenalan di kalangan samseng di kawasan berkenaan.“Saya diperkenalkan kepada dua lagi rakan perempuan Ola yang berusia 20-an, seorang daripada mereka dikenali sebagai Kak Erin sebelum dibawa ke pangsapuri Kenanga serta berjumpa lebih 10 lelaki yang semuanya memakai baju hitam putih seperti uniform.“Di pangsapuri itu saya dikurung di bilik tingkat empat dan ditampar berikutan enggan hidu gam dan minum arak seperti mereka,” katanya.

Syaza yang sebak ketika menceritakan pengalaman pahit itu menyatakan kediaman itu yang dipercayai dimiliki Kak Erin, dijadikan ‘markas’ kumpulan terbabit melakukan kerja hina seperti menghisap dadah dan meminum arak.“Mereka hanya dibenarkan memakai baju hitam putih walaupun corak dan fesyen berlainan. “Saya turut dibawa membeli baju warna sama di pusat beli-belah berhampiran dengan hasil wang samun ahli kumpulan terbabit berikutan telefon bimbit dan wang saya RM20 dirampas,” katanya.Katanya, kumpulan terbabit mendapatkan wang harian dengan menyamun orang ramai di sekitar kawasan berkenaan dan hasilnya lebih RM500 sehari berserta telefon bimbit.“Saya takut ketika bersama mereka, tapi terpaksa mendiamkan diri kerana tiada cara melarikan diri atau menghubungi keluarga.“Selain saya, ada tiga lagi gadis menjadi mangsa kumpulan itu, termasuk seorang daripadanya berusia 17 tahun sudah dijual untuk dijadikan pelayan kelab malam,” katanya.

Syaza diberitahu ahli kumpulan terbabit bahawa dia akan dijual dalam tempoh terdekat sebagai pelayan kelab malam sekitar ibu kota .“Selang beberapa hari kemudian, saya dibawa untuk dijual di sekitar Damansara dan ketika menunggu van di bawah pangsapuri yang akan membawa saya ke destinasi, ayah tiba-tiba datang membantu,” katanya. Ayahnya, Fadzil Bakar, 53, mendapat maklumat daripada seorang kenalan iaitu ahli jawatankuasa penduduk yang memberitahu Syaza berada di pangsapuri ituMenurut Fadzil, dia bersama kenalan tiba tepat pada masanya iaitu beberapa saat sebelum Syaza dijual kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.“Kumpulan terbabit yang masih ‘budak-budak’ melarikan diri kerana bimbang saya dan kenalan membelasah mereka,” katanya. Fadzil berkata, dia membawa anaknya pulang dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abdul Karim Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penemuan semula mangsa dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan bagi memastikan sama ada kes itu turut membabitkan jenayah seksual.“Laporan perubatan belum dikeluarkan, jadi kami belum dapat memastikan sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya memandangkan dia dikurung sekumpulan lelaki selama seminggu,” katanya.

Sunday, February 10, 2008

Menulusuri Sejarah BAITULMAQDIS

Taken fron 1 forwarded email:

saya ingin berkongsi rakaman video sebuah program yg saya sertai di London baru-baru ini..program ini dinamakan 'menulusuri sejarah baitulmaqdis' ..alhamdulillah byk manfaat yg diperoleh mengenai sejarah palestin..antara persoalan yg mampu dijawab melalui rakaman video ini adalah:

Mengapakah Palestin menjadi rebutan agama-agama utama di dunia?
Di manakah kedudukan sebenar Masjid Al-Aqsa?
Benarkah Palestin aman ketika Islam memerintah?
Benarkah Nabi Adam membina Kaabah dan juga Masjidil Aqsa?
Adakah bentuk bangunan kedua-dua masjid itu sama?

dan pelbagai persoalan lain..semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=884 untuk menonton & mendengar http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=884